Isnin

Produk X2Power telah diwujudkan oleh sebuah syarikat asal iaitu Langkah Restu Sdn Bhd ( LRSB ) pada awal tahun 2000 sebelum di komersilkan semula oleh sebuah syarikat yang bekerjasama dengan LRSB iaitu Speedlane Manufacturing & Trading Sdn Bhd.

Syarikat ini beroperasi di ibu kota iaitu Shah Alam dan produk ini dicipta oleh seorang pakar Bumiputera yang mendapat didikan dari luar negara.

Produk asal yang di cipta oleh Langkah Restu Sdn Bhd ini adalah berasal dari bio-teknologi dengan campuran minyak sawit dan formula tambahan berasaskan tumbuhan.

Dengan itu terhasil satu produk hebat pada tahun awal 2000 itu yang dinamakan X2 Power Bio Fuel Additive.
Ia berfungsi untuk menjimatkan petrol sehingga 30 peratus selain meningkatkan jangka hayat enjin. 

Produk hebat ini telah mendapat sambutan hebat pada masa itu sehingga sekarang dan kini terwujudnya beberapa lagi produk terbaik melalui Minyak Pelincir Kenderaan Terkini untuk seluruh kegunaan kenderaan.

Minyak pertama di dunia yang menggunakan adunan Metal Treatment, Additive & Sintetik ( M.A.S ) dan terkini di pasaran Malaysia dengan jenama X2 Power ini setaraf dengan minyak pelincir yang digunakan di negara - negara Eropah pada masa kini yang telah mendapat kelulusan SIRIM.

Selain itu produk terhebat ini juga telah mendapat kelulusan daripada API ( American Petroleum Institute ) dan SAE ( Society of Automotive Engineer ) dan telah diklasifikasikan kod jenama terbaru ini sebagai API SM / CI-4 iaitu minyak pelincir terbaru di pasaran Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan