Isnin

MINYAK PELINCIR




                                                    PENGENALAN MINYAK PELINCIR

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil ( seperti motosikal 4 lejang ) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.


 
 
MENGENALI  API DAN SAE

'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.











Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' ( Persatuan Jurutera Automotif ). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web API dan SAE. Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.





GRED MINYAK PELINCIR

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). 

Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal tidak boleh berubah mengawal suhu (samada semasa sejuk atau panas). Minyak seperti ini kini yang sedang digunakan di Malaysia. Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak ATAU untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah mengikut suhu semasa, daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang ( 20W/50 ) iaitu 50 adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas ( 10W/40,  15W/40,  20W/50 ) adalah lebih digalakkan.

 Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir yang kadar kelikatan yang tinggi seperti  10W/40 atau 20W/50  memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.





APA BEZA MINYAK 10W - 40 DENGAN 15W - 40..?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W - 40 dan 15W - 40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi pada suhu tersebut.
Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk.

Minyak Pelincir SAE 15W - 50...?

15W = Tahap minimum kelikatan (viscosity) minyak sebelum enjin dihidupkan. Ia juga dipengaruhi oleh suhu persekitaran dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi.

50 = Tahap maksimum kelikatan
(viscosity) minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).


           --------------------------------------------------------------------------------------








       _____________________________________________


                                                 INFORMATION

 What is CI-4?

For diesel engine and introduced in 2002. For high-speed, four-stroke engines designed to meet 2004 exhaust emission standards implemented in 2002. CI-4 oils are formulated to sustain engine durability where exhaust gas recirculation (EGR) is used and are intended for use with diesel fuels ranging in sulfur content up to 0.5% weight. Can be used in place of CD, CE, CF-4, CG-4, and CH-4 oils. Some CI-4 oils may also qualify for the CI-4 PLUS designation.



SAE Viscosity Grade

The center of the Donut shows the oil's SAE viscosity grade. Viscosity is a measure of an oil's flow characteristics, or thickness, at certain temperatures.

The low-temperature viscosity (the first number, 5W in a 5W-30 oil) indicates how quickly an engine will crank in winter and how well the oil will flow to lubricate critical engine parts at low temperatures. The lower the number the more easily the engine will start in cold weather.

The high-temperature viscosity (the second number, 30 in a 5W-30 oil) provides thickness, or body, for good lubrication at operating temperatures.

A multigrade oil (for example, SAE 5W-30) provides good flow capability for cold weather but still retains thickness for high-temperature lubrication.

A single grade oil (a single number in the center of the donut) is recommended for use under a much narrower set of temperature conditions than multigrade oils.

 

PERFORMANCE  LEVELS

The top of the Donut shows the oil's performance level for gasoline and/or diesel engines. The letter "S" followed by another letter (for example, SM) refers to oil suitable for gasoline engines. The letter "C" followed by another letter and/or number (for example, CI-4) refers to oil suitable for diesel engines. These letters officially stand for "Service" and "Commercial." The current API performance categories that can appear in the top part of the Donut are listed in the API Motor Oil Guide.

1 ulasan: